Selasa, 13 Mei 2014.
Jam menunjukkan pukul 11:21 p.m… Aku baru
selesai habiskan buku ini.
Bertemankan lagu2 hindustan, aku pon dgn
rajinnye menaip…
Judul buku ini menarik perhatian aku
tatkala diperkenalkan oleh teman rapat, Ana. Hmm..mcm best je, so esok nye kami
ke carnival ke ntah pesta buku kat SACC.. oh, peristiwa pembelian buku ni tahun
lepas, lama dah..tp tahun ni baru abes bace..haha teruk betol aku ni..
Sesuai dengan tajuk buku ni “Apabila Dia
Menyapa, Jodohkah Namanya” buku ni ade 33 kisah reality sesuai dengan persoalan
yang kite slalu tertanya2 psl jodoh. Antara cerita yg slalu kite dengar di alam
realiti : Cerewet pilih bakal suami/isteri, Perbezaan usia, Poligami, Antara
kekasih dan keluarga, etc. etc. (Kang tulis semua kang x muat page :P )
Kisah2 ini dikongsi bertujuan untuk bantu
kite, kot2 ade terjerumus dalam kisah yg sama dalam buku ni ke kan.. setiap
kisah akan disusuli dengan solusi dari sudut spiritual, psikologi dan social.
If x terkena batang hidung sendiri pon sekurang2 nye kite lebih memahami kisah2
org lain without having negative perspectives about them because we never know
what they actually face in life.
Setiap nasihat dan pandangan akan
diselitkan dengan firman Allah dan hadis2 seperti berikut :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal
ia baik untuk kamu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk
untuk kamu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – al-Baqarah,
ayat 216.
“Cukup Allah untuk aku. Tidak ada Tuhan
selain Dia. Hanya kepada Dia aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki
‘Arasy yang agung” – at-Taubah, ayat 12.
Penulis banyak bagi nasihat, ape2 pun
sebaik2 nye kite kembali pada agama.. Ada satu perenggan yang aku rasa menarik
ditulis oleh penulis..
“Di saat kita mendapat pasangn yang sesuai,
kita menyedari, Allah Maha Pemurah dan Penyayang. Ini kerana, semuanya
mengingatkan kita, insan-insan yang pergi daripada kita atas sebab-sebab yang
wajar, bukan pilihan yang terbaik untuk kita dan kehidupan kita pada masa hadapan.
Pengalaman kekecewaan yang kita lalui, kita dapat mengutip segala pengajaran
daripadanya.” – m/s 260.
Cerita pasal jodoh kan, macam2.. tujuan aku
baca buku ni pon bukan sebab menggatal nak kawin, tapi mungkin aku juga masih
mencari dan biaselah kite ni manusia kan, kekadang perlu membaca untuk tambah
ilmu. TAPI, aku tak pernah pon kecik ati ke ape ke if ade org yang mungkin
memperolok bahan bacaan seperti ini. Nak baca, baca, tak mau baca, sudah…
Masing2 punya genre kesukaan masing2 kan..
Last but not least, ade sedikit nukilan
dari penulis di bahagian yang aku beri jolokan penanda buku.
“Jodoh itu penuh keunikan.
Apabila semakin dikejar,semakin dia berlalu pergi.
Apabila kita hanya menanti, usahkan hadir, bayangnya juga belum
pasti.
Kadangkala, antara jodoh dan nafsu, kita sering terkeliru.
Adakah dia jodoh ditunggu, ataupun dia sekadar menyapa sambil
berlalu.
Kadangkala hadirnya tak disangka.
Dia rupa-rupanya, jodoh untuk kita.
Rencam jodoh, manisnya dapat mendamaikan hati, pahitnya dapat
menghancurkan diri.
Misterinya dia, hanya Tuhan Maha Mengetahui.
Apabila dia menyapa, jodohkah namanya.."
p/s : Penulis buku ini bernama Sakinah Salleh,anak jati Pasir Puteh,
Kelantan. Bersekolah di Maahad Muhammadi Lilbanat Kota Bharu, Kelantan.
Melanjutkan pengajian peringkat ijazah di UIA jurusan ilmu wahyu dan
warisan.Tamat pengajian, beliau mengambil diploma perguruan di UIA juga dan
berkhidmat sebagai guru. Kemudian, beiau menyambung lagi pengajian peringkat
Sarjana di UM dalam bidang kaunseling dan selepas itu menyambung pengajian Ph.D
di UIA semula dalam bidang pendidikan kaunseling. Beliau kini merupakan
perunding motivasi untuk Qutreen Motivation and Consulting dan SA Training and
Consulting. Beliau juga merupakan pengarah syarikat Qutreen Niaga Sdn Bhd.
Sekian, see u guys next entry! (^_^)v