![]() |
Batch 66 bersama trainer Pak Andi & Pak Firdaus + Abudzar |
ESQ, mesti ramai yg tak tau ape tu ESQ, untuk ape gi kursus tu..dll.
![]() |
Dr Ary Ginanjar Agustian, Founder of the ESQ way 165 |
ESQ diasaskan oleh Dr Ary Ginanjar Agustian, seorang profesional dari Indonesia. Seingat sy ESQ mula bertapak pd awal 2000-an lebih kurang la. Ada satu masa, ESQ diharamkan kerana dikatakn sesat. tapi Pak Ary duduk berbincang dgn Ulama untuk mmperbetul mana2 yg silap. Esq telah menjejakkan kakinya hampir keseluruh dunia termasuk Europe, Jepun dan sebagainya. Alumni dah melabihi sejuta orang.
ESQ berpangkalan di Jakarta, dimana anda semua boleh lah mencari menara 165, mercu tanda yang dihiasi kalimah Allah di bahagian paling atas sekali.Dan bahagian itu adalah sebuah masjid yg boleh memuatkan lebih kurang 300 jemaah.
![]() |
Menara 165 di Jakarta, di bawah bumbung berkalimah Allah itu adalah masjid |
Mesti ramai yg x familiar dgn ESQ kan? ESQ - ubat kpd spiritual kita, membina karakter kita dari dalam berdasarkan modul the ESQ way 165 : 1 tujuan, 6 prinsip dan 5 langkah.. Tidak rugi mengikuti kursus ini, tapi haruslah diingat, sifat sombong atau merasa dah ckup ilmu perlu dikikis dahulu sebelum menerima pengisian yang disediakan.
Pelaksanaan kursus ini sgt bersesuaian dgn pengisian. sbg contoh, lampu akan digelapkan pd ketika2 tertentu dan kita boleh menangis tanpa ada rs malu pun kerana hati kita akan tersentuh..kemudian, akan ada sesi games yg boleh diambil nilai baiknya..ada juga sesi YEL atau sesi sorakan semangat seperti ini : ESQ..go go go! ESQ..fight fight fight! ESQ..win win win! ESQ..165! ESQ..yes!
boleh untuk mengelakkan mengantuk hehe :P
Di hari akhir, kita akan menyedari bahawa modul 165 itu sbnarnya adalah berpandukan 6 rukun Iman dan 5 rukun Islam..
Sesiapa yg dh pernah manjalani kursus ini adalah automatik ahli alumni, yg boleh meRecharge secara percuma di mana2 sahaja kursus ini dijalankan..bende2 mcm ni mmg mmerlukan recharge untuk memastikan kita tak lupa..sahabat saya di ofis sudah pon pergi recharge :)
korang boleh lah tgk website rasmi ESQ untuk keterangan lanjut k! http://www.esqway165.com
kalau nak rasa pengalaman ni, boleh la ikut sendiri okeh..nk suggest kat bos2 korang pon boleh..boleh g dgn opismet..mana tahu, hubungan ssama manusia dpt dibaiki..bukan ape, demi kemajuan jugak kan..
Tak rugi pergi! ^_^
No comments:
Post a Comment